Monday, January 16, 2012

Apakah manfaat Microsoft Access?

(Apakah kelebihan Microsoft Access? , Apakah kepentingan Microsoft Access?)

Microsoft Access membantu anda melaksanakan aktiviti berikut:
  • Menyimpan data dan maklumat dengan selamat
  • Memproses data untuk menghasilkan maklumat yang dikehendaki
  • Menyisih maklumat mengikut tata susunan yang dikehendaki
  • Mencari maklumat tertentu dalam himpunan maklumat yang besar
  • Memaparkan maklumat mengikut format yang dikehendaki
  • Mencetak atau mengedarkan maklumat.

Apa itu Microsoft Access?

Microsoft Access adalah perisian komputer yang diklasifikasikan sebagai "perisian pangkalan data" ("database"). Aplikasi pangkalan data digunakan oleh pengguna yang mahu mengumpul dan menjejaki maklumat. Contohnya, senarai telefon, senarai tetamu, rekod jualan atau apa sahaja maklumat berguna yang lain.

Perisian Microsoft Access sudah lama berada di dalam pasaran. Antara versi yang terbaru adalah Microsoft Access 2010. Versi ini boleh digunakan bersendirian (standalone) atau melalui jaringan komputer (computer networks).